Rabu, Februari 24, 2010

Rasulullah SAW suami contoh

Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah saw menyayangi Khadijah sepenuh hati kerana isterinya merupakan nikmat terbesar yang dkurniakan Allah kepadanya.Baginda pernah bersabda:'Dia,Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku,dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakan aku,dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.(riwayat Ahmad dalam musnad Ahmad 4/118)

Romantik

-tidur bersama isteri dalam satu selimut
-saling memakaikan wangia
-mandi bersama
-minum mengunakan bekas yang sama
-membelai isteri
-memanggil isteri dengan panggilan mesra
-menyejukan kemarahan isteri dengan mesra
memberi hadiah

Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Isteri rasulullah saw,Aisyah menceritakan didekati rasululah di suatu hari ketika bangida hendak melaksanakan solat malam.Baginda berbisik,"wahai Aisyah,izinkan aku untuk beribadat kepada tuhanku."

Tidak berkasar dan berlemah-lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan rasulullah saw bahawa pada suatu hari,salah seorang isterinya datang membawa makanan untuk dikirimkan kepada bagindayang sedang berada di rumah Aisyah.Aisyah dengan sengaja menjadtuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah.Rasulullah tidak berkasar dengan Aisyah,sebaliknya dengan lemah lembut baginda meminta Aisyah menggantikan makanan itu.

Membantu isteri

Kepulangan rasulullah saw ke rumah bukan sekadar untuk beristirahat sahaja.bahkan baginda juga membantu isterinya menguruskan rumahtangga mereka.

Wallahu'alam

Tiada ulasan: